Wednesday, July 28

Hari ini di Mandahan

Jambatan Keretapi
Mencuri perhatian

Sepanjang sungai Mandahan


Norhisham hanya mampu memerhatikan ketika kami sibuk casting

Bro Rinno sedang tekun beraksi

Aktiviti casting dan melawat kedai-kedai pancing sudah lama tidak dilakukan ditambah pula dengan sambutan dari rakan-rakan seperjuangan yang dulunya meriah dengan aktiviti casting sekarang sdh terkena karan ke laut dalam la pula.....aku pula terpaksa bersara sementara waktu ke laut dalam bila kawan-kawan tanya aku cakap ja......No Komen! ala-ala artis punya jawapan...hehehehe.
Hari ni sudah hampir empat bulan aku melakukan sebarang aktiviti casting dan hari ni la juga kawan-kawan dari GengKeruakPatinAfrika, TeamLempayun n TeamOmbakBiru turun ke laut dalam buat kesekiankalinya. Semalam aku terjumpa si Anin dari team Gilakail dan maklumat terbaru, kelmarin beliau berjaya menumpaskan tiga ekor Ungah di Mandahan...Wow!!!
Aku pun kontek saki-baki KakiCasting yang ada, lalu mengatur trip casting di Mandahan...akhirnya aku, Rinno dan Norhisham turun beraksi.
Kami mengatur perjalanan seawal mungkin dan bertolak pada jam 5.30 pagi, keadaan air agak baik dan sesuai untuk aktiviti casting dijalankan, namun tiada sebarang sambutan daripada penghuni sungai walaupun kami casting di sepanjang sungai. Akhirnya sesi casting kali ini ditamatkan pada jam 9 pagi.