Tuesday, December 22

Penghuni Akuatik Teluk Villa

Bro Sahur(Otai KPN) bersama kerapu yang menjadi mangsa amukannya...
siap gigit rod kerana menahan geram..Argghhh!!!


Close up gewang YuZuri yang dibaham oleh sang kerapu
Berita berkenaan kejayaan bro Sahur menaikkan seekor kerapu skala 1.5kg dan satu lagi sambaran telah berjaya melarikan gewang kesayangannya telah diterima lewat petang sekembalinya beliau dari kerja. Gambar terus di hantar sebagai bukti. Kedengaran slogan "Hati Panas!" membuatkan hati aku lagi panas! sebab sebelum ni aku pernah juga mengamuk di Teluk Villa Putatan tiada seekor pun jadi mangsa amukan aku...tetapi apa yang berlaku membuktikan kehebatan penghuni akuatik Teluk Villa...
Apa pun tahniah diucapkan dan terima kasih atas sumbangan bahan untuk tontonan pelawat blog....bagi pelawat nak kan cerita yang sebenar silalah berkunjung ke blog Bro Sahur pula di Sahurangler.blogspot.com




Friday, December 4

Mengilat Jalak

Mawie n Sons

Nyapentos

Boy Azon


My first Catch by casting is snakehead

Aktiviti mengilat jalak ni pula adalah antara aktiviti terawal aku praktikkan dalam mengasah bakat mengilat....hasilnya ikan pertama yg berjaya dicast adalah jalak dgn menggunakan teknik mengilat....yg menariknya aku cast dgn menggunakan popper. CNR merupakan amalan utama..lubuk yg dulunya selalu dikunjungi ini sdh berkurangan jalaknya. mungkin ikut pemerhatian saya ianya disebabkan oleh aktiviti penangkapan yg berterusan dan penggunaan racun ke dalam tali air ini..

Bulan Oh Bulan








Malang nasibku bila senjata untuk casting dibawa tapi peluru(gewang) pula terlupa. terpaksa pinjam peluru kawan. Tq geng gilakail.. (Limtat n Azrie)




Bulan yg dicast menggunakan gewang Rapala x-rap di muara Membakut
(Rod:eupro twincraft Reel:Abu gracia ultracast2000)



Bulan ni telah dicast pada trip aku bersama geng gilakail pada penghujung tahun2009. Plan asal mau menduga kolam di bongawan golf yg dikhabarkan mempunyai siakap mega, tapi rancangan trpaksa di batalkan bila pengawal keselamatan perasan akan kehadiran dan niat kami. Maka dengan itu bertukar kepada plan B casting di muara Membakut pula, dan hasilnya seeokr bulan skala 1 kg.



Saturday, November 14

Pemancing Rekreasi @ Bukan

Pemancing muda seperti ini perlu dididik untuk menjadi seorang pemancing yang sejati.
Tampak mudah untuk dipatuhi oleh kita yg sememangnya menjadikan hobi ini sekadar keseronokkan. Namun tidak mustahil ramai pemancing(junior mahupun senior) masih gagal.


Tertarik dengan tulisan Editor Majalah Sirip keluaran Bulan November09, berkenaan Pemancing Rekreasi @ Bukan.

Meletakkan diri kita sekurang-kurangnya sebagai 'Pemancing Rekreasi' adalah sangat penting supaya kita tidak tercampak keluar daripada erti kata pemancing sejati yang sebenar, yakni boleh disamakan dengan nelayan atau 'meat hunter'. Dengan bertapak sebagai pemancing rekreasi, kita akan melangkah kepada 'pemancing sukan' yang lebih berorientasikan kesukanan.

Kita tergolong sebagai 'pemancing rekreasi' dengan syarat sekiranya kita:

1. tidak melibatkan jualan ke atas tangkapan yang diperolehi(bkn tujuan komersial);

2. tiada niat atau tiada rancangan untuk membawa pulang seberapa banyak hasil untuk dijual bagi menampung kos trip;

3. tiada desakan atau paksaan untuk mendapatkan ikan, sehingga melebihi tujuan keseronokkan; dan

4. tidak meletakkan ikan atau tangkapan sebagai matlamat, iaitu ikan hanyalah sekadar bonus.
Seandainya syarat-syarat di atas mampu dipatuhi, namun aspek keempat adalah paling menduga jati diri seorang pemancing rekreasi.

Saya lebih suka menempatkan diri saya sebagai seorang 'pemancing rekreasi' kerana apa yang penting bagi saya dalam memancing adalah ilmu dan proses memancing itu sendiri mendatangkan kepuasan pada diri. Jadi bagaimana pula dgn rakan-rakan pemancing anda sendiri lebih tahu sama ada anda seorang 'nelayan', 'pemancing rekreasi' atau 'pemancing sukan'. Fikirkan....
sumber: Majalah Sirip.

Friday, October 30

Trip Pertama ke Mengalun



Macam mabuk sudah aku baru duduk dalam kapal..hehehe


Ustz Maaruf n geng dari semenanjung


Kapal memancing yang digunakan bertolak dari pasar KK
Ustz Maaruf sedang melayan ikan

Hasil tangkapan aku pertama laut dalam. Nda banyak buli la cukup makan
Trip pertama 2008 laut dalam ni aku sertai secara kebetulan melalui Ustz. Maaruf yang memang kaki pancing laut dalam. Aku bernasib baik bila trip yang dirancang olehnya dan rakan2 dari semenanjung ada kekosongan, jadi berpeluang la aku memancing laut dalam. Buli tahan juga la mabuk laut yang aku alami. Trip kedua seterusnya juga telah dirancang pada awal tahun 2009 ni tapi kami kurang suksess bila trip kali ini dilanda ribut. Aku berja mencipta rekod tidur dari pukul 6 petang hingga 6 pagi ke esokkan harinya. Aku dapat 4 ekor kerapu seberat 500g.



Catatan Peribadi

Siakap Merah skala 1kg diperolehi ketika sedang mengkasting sambil menyelam gewang


Baby grouper/anak kerapu dicast menggunakan Halco Redhead

Hasil casting di sutera, skala 1kg
Siakap Merah pertama pembuka tirai 2009
Ini antara hasil yang dicasting oleh aku setakat ini. Dua lubuk menjadi kunjungan dalam merealisasikan tangkapan yang diperolehi iaitu lubuk batu30 dan sutera.




Tuesday, October 13

Catatan ringkas Nyapentos di Kuala Lumpur

Pertama kali melihat spesis Toman yang besar macam paha. Ketika berada di aquaria KLCC. Tapi karang ni nda payah susah2 ke semenanjung kerana di Sabah ada sudah tasik toman di Membakut Eco-lake.


Sempat servay peralatan pancing di area KL. Yang ni Daiwa Saltiga Dogtooth
berharga RM2800 Wow! lumayan.



Sempat lagi Casting di salah sebuah kawasan kalau nda silap
Tasik Perdana d area KL, dengan menggunakan set casting
yang baru dibeli ketika berkunjung ke Pandamaran Klang tempat
ustaz Maarof TQ ustaz.
Hujung tahun 2008 yang lalu aku telah mengikuti satu trip yang tidak dirancang iaitu rombongan guru2 di sekolah lama tempat aku bertugas ke Kuala Lumpur. Trip yang tidak dirancang ini ekoran daripada desakan isteriku berikutan harga tiket MAS waktu hujung tahun tu murah ja dalam RM450 pergi dan balik untuk 2 orang.
Kesempatan yang ada aku gunakan sebaik mungkin, jadi aku set la beberapa matlamat yang aku ingin capai dalam trip ni. Antaranya adalah servay peralatan pancing di area KL. Kebetulan pula kakak dan adik aku bekerja di Kuala Lumpur maka mudahlah sedikit untuk aku mencapai matlamat tersebut. Pada umumnya atas tinjauan saya terhadap bebarapa kedai pancing di sekitar KL dan area Selangor Harga peralatan memancing agak murah di sini berbanding di Sabah terutamanya di Pandamaran Klang, dan atas sebab itulah sempat juga aku beli beberapa barangan termasuk set casting.
Satu pengalaman yang baru bagi aku ketika casting di Taman Tasik Perdana, aku terlihat kaedah pancingan yang pelik tapi benar(bagi diri akula) kelihatan ada pemancing yang memancing dengan menggunakan joran yang dihujungnya diikat seakan-akan perambut berbentuk seperti jala yang dilontarkan ke dalam tasik dan dibiarkan seketika kemudian ditarik, apa yang pelik kelihatan beberapa ekor ikan kecil berwarna merah menyangkut pada jala mini tersebut..tidak pula aku berani bertanya apa teknik yang digunakan.

Sunday, October 11

Lubuk Mengilat Rahsia

Sepupu Awie yang tidak tahan casting


Sepupu Puyut orang pertama menyaksikan aku terkena karan
Siakap Merah

Satu-satunya rakan rapat yang bersama-sama mengilat
Rinno Amey


Rekod peribadi pertama siakap merah skala 1kg


Ini merupakan lokasi lubuk rahsia aku mengilat sehingga sekarang

Lubuk ini sebenarnya sudah lama diketahui oleh pemancing tempatan yang rata-rata menggunakan teknik dasar. Ada jugala cerita-cerita yang aku dengar pemancing-pemancing menaikkan bermacam jenis ikan contohnya, ikan putih(GT), siakap merah dan spesis terumbu karang yang lain. Setakat mana yang saya tahu hanya saya seorang yang serius dan yakin dengan penggunaan gewang di lubuk ini, dan hasilnya aku dapat menaikkan siakap merah skala 1kg 2 ekor n kerapu 300g. setelah itu sejak tahun lepas akibat laut bergelora dan ketiadaan masa akhirnya lubuk tersebut telah aku tinggalkan hampir setahun sehingga sekarang.













Tuesday, September 8

Peralatan Pancing


Ini adalah antara koleksi gewang yang ada pada saya, tidak banyak tapi bolehlah, sekarang ni pun dalam proses memperbanyakkan koleksi. Antara jenama pilihan adalah Halco, Rapala, yu-zuri, Storm, berkely soft plastic dan sure catch.
UltraCast 2000 + Eupro TwinCraft 12-30lb


Ini merupakan senjata mengilat saya yang kedua merupakan kombinasi di antara Abu Garcia UltraCast dan rod dari eupro TwinCraft. Tali sulam saya gunakan berkekuatan 20lb berjenama Power Pro


Shimano FX4000FB

Kekili antara yang terawal saya gunakan untuk mengilat. Pernah menaikkan siakap merah 2 ekor. Sekarang ni saya rehatkan dari mengilat.
My Great Shimano Navi8000PG
Shimano Navi yang saya beli untuk mengikuti trip memancing laut dalam pada tahun 2008. Prestasi Navi ni amat membanggakan dan boleh diharap




Saturday, September 5

Diari Aku Seorang Pemancing


Kawasan tepian pantai berbatu yang telah mencipta
rekod Siakap Merah saya yang pertama

Aktiviti memancing telah lama saya ceburi sejak dari zaman kanak-kanak lagi, tapi waktu itu kaedah paling asas digunakan. Cuma perlukan tin minuman atau botol terbuang, tali tangsi(biasanya jenama fishermen) murah ja, mata kail dan timah. Kos untuk kesemua alat-alat tu pun lebih kurang di bawah RM1.

Bila meningkat dewasa aktiviti tersebut ditinggalkan. Sehinggalah enam tahun yang lalu bila aktiviti memancing ni menjadi kegilaan dan diisytiharkan sebagai hobi oleh diri ku sendiri, ini semua berkat dorongan dan galakan isteri tercinta. aku bermula dengan pancingan dasar seperti biasa semua orang pun pancing dasar, sehinggalah suatu hari bila mula melanggan majalah keramat bertajuk SIRIP, terus aku terpengaruh dengan kaedah pancingan moden yang menggunakan umpan palsu(orang kampung cakap) gewang(istilah standard). Seperti biasalah bila orang tanya apa umpan kau? dan aku jawab umpan palsu, dorang terus ketawa sambil menjawab mana ada ikan makan umpan palsu!. Argghh! biarlah apa dorang cakap. Sebenarnya hampir putus asa juga lah aku setelah sekian lama mempraktikkan kaedah gewang ni langsung nda dapat. Dari gewang murah hingga la gewang yang mahal satu ekor pun enda ada. sampailah satu hari tu aku casting jalak pula pakai popper, dan bermula dari hari itulah hidup aku sebagai pengilat berubah bila popper yang aku lontar puluhan kali disambar oleh seekor jalak setelah menunggu hampir dua tahun! lagi sekali dua tahun! yang jadi mangsa adik aku, aku cakap sama dia nah! baru kau percaya ikan makan umpan palsu!.
Kejayaan menaikkan ikan dengan menggunakan gewang tidak berakhir setakat itu, beberapa minggu selepas itu aku sekali lagi berjaya menaikkan Siakap Merah pertama hasil mengilat/casting di kawasan tepian pantai berbatu berskala 1kg dengan menggunakan gewang yu-zuri minnow yang akhirnya lenyap dilarikan Siakap Merah setelah aku berjaya menaikkan seekor lagi siakap merah1kg dan seekor kerapu 400g. Sejak itu dairi pencingan aku berubah dan berpeluang menumpaskan spesies lain seperti seekor alu-alu/titir/aluan berskala 3.5kg tangkapan terbesar saya pada tahun 2008.


Siakap Merah pertama saya Hasil mengilat berskala 1kg



Hasil casting terbesar tahun 2008 alu-alu berskala 3.5kg
di muara Pengalat/Bundusan (Gewang: Halco)
Masa: 11 pagi
Rod: Berkely Cherrywood 10-25lb
Kekili: Abu Gracia Black Max