Saturday, November 14

Pemancing Rekreasi @ Bukan

Pemancing muda seperti ini perlu dididik untuk menjadi seorang pemancing yang sejati.
Tampak mudah untuk dipatuhi oleh kita yg sememangnya menjadikan hobi ini sekadar keseronokkan. Namun tidak mustahil ramai pemancing(junior mahupun senior) masih gagal.


Tertarik dengan tulisan Editor Majalah Sirip keluaran Bulan November09, berkenaan Pemancing Rekreasi @ Bukan.

Meletakkan diri kita sekurang-kurangnya sebagai 'Pemancing Rekreasi' adalah sangat penting supaya kita tidak tercampak keluar daripada erti kata pemancing sejati yang sebenar, yakni boleh disamakan dengan nelayan atau 'meat hunter'. Dengan bertapak sebagai pemancing rekreasi, kita akan melangkah kepada 'pemancing sukan' yang lebih berorientasikan kesukanan.

Kita tergolong sebagai 'pemancing rekreasi' dengan syarat sekiranya kita:

1. tidak melibatkan jualan ke atas tangkapan yang diperolehi(bkn tujuan komersial);

2. tiada niat atau tiada rancangan untuk membawa pulang seberapa banyak hasil untuk dijual bagi menampung kos trip;

3. tiada desakan atau paksaan untuk mendapatkan ikan, sehingga melebihi tujuan keseronokkan; dan

4. tidak meletakkan ikan atau tangkapan sebagai matlamat, iaitu ikan hanyalah sekadar bonus.
Seandainya syarat-syarat di atas mampu dipatuhi, namun aspek keempat adalah paling menduga jati diri seorang pemancing rekreasi.

Saya lebih suka menempatkan diri saya sebagai seorang 'pemancing rekreasi' kerana apa yang penting bagi saya dalam memancing adalah ilmu dan proses memancing itu sendiri mendatangkan kepuasan pada diri. Jadi bagaimana pula dgn rakan-rakan pemancing anda sendiri lebih tahu sama ada anda seorang 'nelayan', 'pemancing rekreasi' atau 'pemancing sukan'. Fikirkan....
sumber: Majalah Sirip.