Wednesday, August 18

Membongkar Abu Garcia BC

Proses peleraian kepada bahagian-bahagian kecil untuk memudahkan pemeriksaan teliti dilakukan

Perlu diberi perhatian terutama bagi model Max Series

Bahagian yang kritikal kerana galas bebolanya tidak tahan karat
Kelihatan terdapat sedikit karat pada galas bebola namun dapat diselamatkan


Silver Max Lim Tat yang telah saya bongkar demi memastikan proses penyelengaraan dapat dilakukan dengan baik. Saya memiliki dua modal BC Abu Garcia, iaitu Max series dan Revo. Di samping itu juga saya berpeluang menyelengara modal Saltystage. Perbezaan yang boleh saya katakan adalah dari segi ketahanan terhadap air masin iaitu karat pada galas bebola terutama bagi model Max series manakala masalah karat tidak timbul pada model Revo dan Saltystage.
Masalah yang selalu timbul pada Max series adalah pada galas bebola yang terletak pada pangkal shaft utama yang akan berkarat jika lewat diservis.
dilain perbincangan saya ingin berkongsi berkenaan model Revo pula......

Monday, August 16

Makhluk Misteri Muara Benoni

Buat kali ketiga saya bertandang ke muara Benoni untuk bersua muka dengan penghuni misteri yang telah mendera kami semua hingga mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun nda ada rasa sudah. Kali ini aku kembali dengan mengatur strategi baru yang agak drastik iaitu menggunakan perambut berkekuatan 80lb..nah apa kau mau lagi, ini kali gila, gilalah...apa aku kisah.
Acara pemburuan bermula seawal 5.50am kami sudah terpacak di sana. Keadaan air agak deras beransur surut, malangnya akibat daripada hujan semalam air kehitam-hitaman dan berpasir, apakan daya sudah ada di sana casting saja la! gewang bertukar gewang namun tiada yang sudi manakala masa semakin suntuk, mungkin akibat perambut yang agak besar ikan culas untuk menyambar, akhirnya saya bertukar kepada gewang surecatch 13cm yang lama sudah tidak digunakan, lontaran demi lontaran ke lokasi sasaran dan pada lontaran ketiga tepat pada hot spot terasa gewang seakan-akan tersangkut, saya cuba menghentikan karauan dan terasa seperti gewang dilarikan, sedar keadaan tersebut saya pun cuba membuat sentapan, namun belum sempat sentapan dilakukan joran AbuGarcia ultracastOz 10-25lb ditekan ke bawah dan dalam beberapa saat mangsa berjaya memotong perambut 80lb saya seperti terkena pisau.
Akhir kalam kami pulang dengan Awie berjaya mendapatkan lesen kerapunya yang akhirnya dilepaskan CNR dan pada anda semua kaki-kaki Casting di luar sana "Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Missstrriiiii!!!!" jangan ada yang coba-coba dengan 100lb pula
Perambut 80lb yang licin

Lesan casting Kerapu setelah sedar dari Koma akibat dihentam ikan misteri

Ku rasa beliau ini saja yang tahu jawapannya

Aku Pun Orang Mandahan Ba...

17 Ogos 2010. Selasa. Trip kali ini casting di Mandahan la pula setelah tiga hari berturut-turut kecewa ditewaskan di muara Benoni. Tiba di lokasi saya terlihat kereta Anin tiba lebih awal. Keadaan air agak deras dan mula surut serta berwarna kehitam-hitaman, memang situasi yang berpotensi. Acara dimulakan dan keputusan sehingga sesi ditamatkan, Anin berjaya menaikkan anak Ungah anggaran 500g yang akhirnya dilepaskan(CNR) dan aku pula hanya berpuas hati dengan Bulan dipagar bintang!..juga CNR.
Untuk rekod saya belum pernah menaikkan sebarang Ungah di lubuk Mandahan...Hairan bin ajaib! orang lain senang-senang kasi naik..."Aku Pun Orang Mandahan Ba!"


Anin dengan Ungah Juvenil CNR

Bulan dipagar bintang

Bulan oh bulan

Sunday, August 15

Penderaan Muara Benoni Edisi 2010

memet ba itu

Perlu dicontohi CNR bagi ikan yang tidak diperlukan

Pertama kali casting terus dapat..

Kerapu table size hari kedua


Kaki Casting Baru yang terkena karan!


Azrie dari Gilakail hari pertama


MJ pertama setalah sekian lama


Ini kali la!...Penderaan demi penderaan terhadap siapa? bukannya penghuni muara Benoni tapi para kaki casting yang bertandang ke muara Benoni untuk merasai kekuatan Penguasa Muara Benoni untuk Edisi 2010.
Selalunya mengikut kepercayaan kaki casting di sini orang baru pasti akan didera dengan merasai sendiri kekuatan yang ada pada Penguasa Muara Benoni, saya sendiri mengalami peristiwa tersebut apabila sambaran yang diterima tidak dapat dikontrol begitu juga dengan kaki casting baru yang pernah saya bawa di sini sehinggakan mereka hilang akal dan panik bila merasai sendiri kekuatan Penguasa tersebut, reel berdesit-desit bila tali dilarikan dan lenturan joran ke tahap maksimum sehinggakan sedikitpun tidak diberikan ruang untuk bertarung, akhirnya ikan tersebut gagal ditewaskan.

Thursday, August 12

Terima Kasih Mandahan

"Siapalah sangka cempedak dah jadi nangka!" Ungah yang dicari akhirnya tetamu yang tak diundang dan amat dinanti-nantikan pula yang muncul......Puas hati aku akhirnya apabila mendapat lesen casting Selunsung, saiznya tidaklah besar tapi cukup untuk membuat aku tersenyum lebar....hihihihi..selama berkecimpung dalam arena memancing ni belum pernah lagi aku lihat selunsung secara live..kalau pernah pun hanya di pasar-pasar ikan, tapi ini kali la Terima Kasihku ucapkan padamu Mandahan....Yesss!!!!


Sekian Lama aku ingin melakukan aksi sebegini akhirnya selunsung casting pertamaku


Awie beraksi dengan selunsung bila hanya berjaya menumpaskan selungkang.


Aku lagi ni



Selunsung di samping Skeet Reese


Aku ba itu....

Sekian Terima Kasih...

Penangan Bengeket Kota Belud

Bro Rinno bersama Bengeket KB




Bro Rinno akhirnya berjaya juga menaikkan seekor Bapa Bengeket di kampung halaman isterinya Kota Belud...setelah sekian lama mencuba akhirnya Ungah yang diimpikan muncul yang akhirnya berjaya membuatkan mentuanya senyum lebar.....teknik yang digunakan ialah bottom berumpankan udang mati..."Uina! Dato teriak-teriak misin aku".....

Bintuka Battle...


Bintuka...08. 08. 2010 Ahad. Satu perancangan yang sekian lama telah diatur untuk turun bersama Din Caster707 Geng KPN telah termakbul. Segalanya hasil daripada usaha bro Din sendiri dan aku hanya ikut saja. Senang! hehehehe...dan kami sebulat suara bahawa trip pada kali ini adalah 100% casting n trolling. Turun bersama pada trip kali ini TeamOmbakBiru( Dalan aka KOB n Snek).
Dan hasilnya ikan sasaran, Ungah berjaya menewaskan kami dengan semua sambaran rabut termasuk satu-satunya Ungah Bagak yang sudi menyambar gewangku juga terlepas apabila hampir disauk oleh bro Din kerana kedua-dua mata tiganya terkangkang! Arghhhh!!!! Namun kami tidak pulang dgn tangan kosong apabila 6 ekor titir skala 1kg-500g, sumpit(CNR) Kerapu terlepas dan satu-satunya putih 700g hasil trolling dapat ditumpaskan...
Putih masa kecederaan hasil Trolling

Titir aka baracuda CNR

NyaPenTos CNR



Din Caster707 KPN

Sumpit pembuka tirai

Mangsa pertama. Sumpit
Secara keseluruhan trip ini boleh saya sifatkan suksess dengan mengambil kira sambutan yang diterima walaupun tiada Ungah yang dapat dinaikkan. Manakala TOB pula berjaya menaikkan Putih, kerapu(bottom) dan seekor Ungah hasil dari casting....
Sekian terima kasih.....