Saturday, January 29

Rinno yang Mengamuk....

GT...


Mengamuk...apa hal pula Rinno ni mengamuk...mengamuk bukan sembarangan mengamuk, Rinno mengamuk di Lubuk Belakang Bukit.....hahahaha. Sapa nda kenal Lubuk Belakang Bukit yang tidak asing lagi di kalangan kaki-kaki casting di sekitar Kota Kinabalu. Si Ottok pun tau..kamu tanya la dia kalau inda percaya. rekod demi rekod pernah tercipta di sini suatu masa dulu hinggalah sekarang pun masih lagi.


Titir5kg

GT lagi....

Antara orang yang berjaya mengukir nama di sini adalah Rinno...lihat sajalah hasilnya akibat daripada amukan yang tidak terkontrol....hehehe...

Santai Di Sungai Papar

Setelah sekian lama aktiviti memancing bottom yang santai GKPA ditinggalkan terasa rindu pula bila mengenangkan gelegat saat-saat ketika semua rakan GKPA bergabung membottom di sungai Papar....
Baru-baru ini atas ajakan daripada salah seorang ahli yang tidak asing lagi Wan Afrika, akhirnya kami berempat telah sepakat untuk bergabung tenaga melancarkan Ops Cegah Jenayah di sungai Papar...Ahli-ahli yang melibatkan diri pada kali ini adalah saya sendiri, Wan Afrika, Sarjan dan Brother Lampam. Ahli yang tidak dapat hadir pula ialah Kapten Keruak.

Ikan Gelama yang berjaya ditumpaskan...

Dua lokasi menjadi pilihan pada kali ini iaitu restoran di tepi sungai dan jeti Kuala, yang bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 2am...hasilnya Sarjan berjaya menaikkan Gelama terbesar dan terbanyak...aku pula hanya seekor gelama yang boleh tahan juga saiznya dan Wan Afrika pula sepelik namanya....yang naik semuanya pelik-pelik.........