Tuesday, September 13

"Selamat datang ke Dunia Casting"

"Selamat datang ke dunia casting" begitulah ucapan yang keluar daripada mulut Rinno bila bertemu dengan seorang lagi kaki pancing yang baru sahaja mengenali dunia casting, selepas pulang bersama-sama membeli set casting yang baru di Kota Kinabalu.
Nasroh aka mekol adalah pupu kepada saya yang banyak bercerita berkenaan minatnya dengan dunia casting yang baru dikenalinya sejak beberapa bulan yang lalu. Walaupun telah lama bergelar kaki pancing namun arena casting ini merupakan satu benda baru baginya. Setiap kali bertemu pasti topik casting yang akan kami bualkan dan dapatlah kami berdua sedikit sebanyak bertukar-tukar fikiran dan pendapat masing-masing.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...Dengan berbekalkan keazaman dan keyakinan selepas sahaja balik dari membeli set casting pada petang itu dengan sedikit waktu yang ada Nasroh telah turun casting di Muara Bundusan dan hasilnya seekor Siakap Putih aka Selunsung telah berjaya di daratkan yang juga merupakan lesen casting pertamanya. Tanpa berlengah terus menghantar MMS kepada saya..tiada kata yang mampu saya ucapkan selain ucapan Tahniah! dan SELAMAT DATANG KE DUNIA CASTING.....

Keyakinan adalah kunci utama terhadap teknik ini
Nasroh bersama Selunsung 3Kg

Monday, September 5

Bengeket di Suang Seman


Lokasi yang amat berpotensi untuk dikunjungi kaki Mengilat, juga terkenal dengan sejarah ratusan ekor Bengeket yang berjaya didaratkan dengan menggunakan teknik dasar berumpankan anak ikan basung, malah baru-baru ini di tempat yang sama pemancing tempatan telah berjaya menumpaskan seekor Bengeket Bagak sekala 6kg! dengan hanya berumpankan anak udang mati..pelik sungguh! namun itulah hakikatnya.

Melalui cerita-cerita tersebut saya dan adik sepupu saya Boy Azon telah meminjam bot dan terus ke lokasi tersebut untuk melakukan trip tinjauan selama 1 jam..dan hasilnya dua ekor bengeket berjaya ditumpaskan seekor masih juvenil untuk di CNR dan seekor lagi skala 1kg untuk dijadikan trofi....

Lesen Pertama Bengeket Juvenil untuk di CNR

Bengeket kedua Boy Azon skala 1kg

Kesimpulan dari hasil tinjauan saya pada petang tersebut mendapati lokasi tersebut mempunyai potensi yang besar untuk aktiviti mengilat berpandukan kepada struktur tepian sungai bakau dan reba-reba kau yang terdapat di sepanjang sungai, tetapi faktor pasang surut air juga perlu diambil kira dan bagi pendapat saya keadaan air pasang dengan ketinggian yang sederhana dan pergerakan air pasang dan surut yang agak perlahan di waktu awal pagi dan lewat petang adalah waktu yang terbaik.....