Tuesday, September 8

Peralatan Pancing


Ini adalah antara koleksi gewang yang ada pada saya, tidak banyak tapi bolehlah, sekarang ni pun dalam proses memperbanyakkan koleksi. Antara jenama pilihan adalah Halco, Rapala, yu-zuri, Storm, berkely soft plastic dan sure catch.
UltraCast 2000 + Eupro TwinCraft 12-30lb


Ini merupakan senjata mengilat saya yang kedua merupakan kombinasi di antara Abu Garcia UltraCast dan rod dari eupro TwinCraft. Tali sulam saya gunakan berkekuatan 20lb berjenama Power Pro


Shimano FX4000FB

Kekili antara yang terawal saya gunakan untuk mengilat. Pernah menaikkan siakap merah 2 ekor. Sekarang ni saya rehatkan dari mengilat.
My Great Shimano Navi8000PG
Shimano Navi yang saya beli untuk mengikuti trip memancing laut dalam pada tahun 2008. Prestasi Navi ni amat membanggakan dan boleh diharap




Saturday, September 5

Diari Aku Seorang Pemancing


Kawasan tepian pantai berbatu yang telah mencipta
rekod Siakap Merah saya yang pertama

Aktiviti memancing telah lama saya ceburi sejak dari zaman kanak-kanak lagi, tapi waktu itu kaedah paling asas digunakan. Cuma perlukan tin minuman atau botol terbuang, tali tangsi(biasanya jenama fishermen) murah ja, mata kail dan timah. Kos untuk kesemua alat-alat tu pun lebih kurang di bawah RM1.

Bila meningkat dewasa aktiviti tersebut ditinggalkan. Sehinggalah enam tahun yang lalu bila aktiviti memancing ni menjadi kegilaan dan diisytiharkan sebagai hobi oleh diri ku sendiri, ini semua berkat dorongan dan galakan isteri tercinta. aku bermula dengan pancingan dasar seperti biasa semua orang pun pancing dasar, sehinggalah suatu hari bila mula melanggan majalah keramat bertajuk SIRIP, terus aku terpengaruh dengan kaedah pancingan moden yang menggunakan umpan palsu(orang kampung cakap) gewang(istilah standard). Seperti biasalah bila orang tanya apa umpan kau? dan aku jawab umpan palsu, dorang terus ketawa sambil menjawab mana ada ikan makan umpan palsu!. Argghh! biarlah apa dorang cakap. Sebenarnya hampir putus asa juga lah aku setelah sekian lama mempraktikkan kaedah gewang ni langsung nda dapat. Dari gewang murah hingga la gewang yang mahal satu ekor pun enda ada. sampailah satu hari tu aku casting jalak pula pakai popper, dan bermula dari hari itulah hidup aku sebagai pengilat berubah bila popper yang aku lontar puluhan kali disambar oleh seekor jalak setelah menunggu hampir dua tahun! lagi sekali dua tahun! yang jadi mangsa adik aku, aku cakap sama dia nah! baru kau percaya ikan makan umpan palsu!.
Kejayaan menaikkan ikan dengan menggunakan gewang tidak berakhir setakat itu, beberapa minggu selepas itu aku sekali lagi berjaya menaikkan Siakap Merah pertama hasil mengilat/casting di kawasan tepian pantai berbatu berskala 1kg dengan menggunakan gewang yu-zuri minnow yang akhirnya lenyap dilarikan Siakap Merah setelah aku berjaya menaikkan seekor lagi siakap merah1kg dan seekor kerapu 400g. Sejak itu dairi pencingan aku berubah dan berpeluang menumpaskan spesies lain seperti seekor alu-alu/titir/aluan berskala 3.5kg tangkapan terbesar saya pada tahun 2008.


Siakap Merah pertama saya Hasil mengilat berskala 1kg



Hasil casting terbesar tahun 2008 alu-alu berskala 3.5kg
di muara Pengalat/Bundusan (Gewang: Halco)
Masa: 11 pagi
Rod: Berkely Cherrywood 10-25lb
Kekili: Abu Gracia Black Max