Monday, October 4

Ops Hot Spot Mandahan

Ekoran daripada berita yang bikin panas!! telah disampaikan oleh Dali dan kejayaan teamlempayun menumpaskan Ungah yang mengamuk di Mandahan, saya yang akhirnya tidak tertahan lagi dengan berita tersebut ditambah pula dengan Bro Rinno mengajak supaya mengempur Mandahan, akhirnya hajat tersebut tercapai bila Ops Hot Spot saya lancarkan ke Mandahan.
Sudah namanya pun "Ops Hot Spot" apa lagi sampai saja di sana hot spot menjadi sasaran kami berdua. Berpandukan pada maklumat dari dali dan teamlempayun, segala peralatan road block diturunkan dua hot spot yang mendatangkan hasil kali ini iaitu highway kayu rebah, hasilnya dua ekor Ungah Juvenile ditumpaskan dan dua sambaran kasar berjaya membengkokkan mata tiga terlepas bila ungah sempat merempit menentang arus....

Bro Rinno menumpaskan Selungkang! toing!!!

Ungah Mandahan pertamaku berjaya disekat pada Ops! kali ni sapa suru bawa Ex5 nda pakai helmet lagi tu, lepas tu nda ada lesen lagi. Yang ni CNR, kasi chan aku pesan suruh bapa dia bawa motor bukan dia...budak-budak tau la ba!!

Yang ni pula bawa Lagenda115cc nda terlepas dia lesen ada tapi nda pakai helmet, yang ni aku terpaksa kompaun. Sebab di spot ni la dua mat rempit berjaya melarikan diri dengan RXZ135nya.

Kesimpulannya "di mana ada kemahuan...di situ ada Highway!"

NyaPenTos! Kapten Keruak! Bergabung! KeeBaBoMMMM!!!

24hb september 2010(sabtu). Bintuka. Saya dan KaptenKeruak(Dali) telah bergabung tenaga untuk mengempur Bintuka la pula. Pada hari tersebut terdapat ramai juga rakan-rakan turun memancing antaranya TeamOmbakBiru (KOB, Snek n Sulaiman) dan juga ahli-ahli KPN.
Keputusan pada trip kali ini boleh dikatakan suksess...bila saya berjaya menewaskan seekor Ungah Bagak dan Dali pula yang paling suksess bila menumpaskan ungah terbagak dan baby GT. Trip kali ni macam biasa 100% gewang...
Ungah Pertamaku d Bintuka


Dali tetap paling suksess!!!

Ungah Bagak Benoni

Lim Tat n Memet berkongsi maklumat...


Ungah Bagak yang dimaksudkan 1.5kg

Sekali lagi pada bulan Syawal saya dan rakan komplot Memet telah pergi menyerang Muara Benoni yang famous....dan hasilnya Ungah Bagak berskala 1.5kg berjaya ditewaskan oleh Memet dengan berumpankan gewang "Killer" yu-Zurinya.....Hahahahaha!!!! bestnya...Memet yang dapat aku pula yang katar-katar....