Saturday, January 16

KK Land Based Popping

16 Januari 2010. Berikutan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam arena popping, GKPA untuk kesekian kalinya telah berkunjung ke padang popping Sutera Harbour Kota Kinabalu. GKPA(Kapten Keruak, Saya, Wan Gendut n Brother Lampam) telah turun pada lewat petang lebih kurang jam 5 petang. Menarik pada kunjungan pada kali ini ialah satu peristiwa yang tidak kami akan lupakan iaitu apabila popper hinomiya yang saya gunakan telah dihentam ketika menghampiri tanjung berbatu sehingga mempamerkan dengan jelas saiz makhluk tersebut yang kami percaya Giant Trevally aka GT anggaran 5kg ke atas! satu kejadian yang mengejutkan apabila sebelum ini hanya saiz 1kg yang biasa dinaikkan di sini. Sayangnya GT tersebut tidak lekat pada popper yang digunakan. GKPA berjanji akan membuat kunjungan susulan untuk menanti kedatangan monster tersebut....hehehehe pada rakan-rakan blog jangan lupa join GKPA sekali di sana....

No comments:

Post a Comment