Thursday, January 21

Pencarian Padang Popping Terunggul


Aku dan protege aku di Kudat aka guide (Manja)



Salah satu padang popping dan casting berpotensi



Antara aksi yang sempat dirakamkan




21 januari 2010, aku berpeluang berkunjung ke daerah Kudat atas urusan keluarga. Dalam kesempatan ini aku berpeluang untuk meninjau lubuk-lubuk yang berpotensi dijadikan lapangan popping dan casting, perjalanan pada hari tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan tiba di Kudat kira-kira jam5.30 petang, setelah urusan keluarga selesai, aku dan protege merangkap guide dengan sedikit masa yang ada terus ke lubuk yang telah dikenalpasti.
Tiada sebarang hasil diperolehi tetapi aku berpuas hati dengan potensi lubuk yang kami tinjau kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi, protege aku biasa menaikkan GT bersaiz 1.5 ke atas dgn spesimen terbesar 10kg! dengan hanya menggunakan teknik bottom. Program hari itu berakhir pada jam 6.30 petang dan bertolak balik ke Papar jam 7 malam tiba di rumah jam 11.30 malam.....dan terus tidur
Cadangan : satu trip popping dan casting ke daerah Kudat (bermalam) bagi rakan-rakan yang berminat









No comments:

Post a Comment