Thursday, January 21

Pencarian Padang Popping Terunggul


Aku dan protege aku di Kudat aka guide (Manja)



Salah satu padang popping dan casting berpotensi



Antara aksi yang sempat dirakamkan




21 januari 2010, aku berpeluang berkunjung ke daerah Kudat atas urusan keluarga. Dalam kesempatan ini aku berpeluang untuk meninjau lubuk-lubuk yang berpotensi dijadikan lapangan popping dan casting, perjalanan pada hari tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan tiba di Kudat kira-kira jam5.30 petang, setelah urusan keluarga selesai, aku dan protege merangkap guide dengan sedikit masa yang ada terus ke lubuk yang telah dikenalpasti.
Tiada sebarang hasil diperolehi tetapi aku berpuas hati dengan potensi lubuk yang kami tinjau kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi, protege aku biasa menaikkan GT bersaiz 1.5 ke atas dgn spesimen terbesar 10kg! dengan hanya menggunakan teknik bottom. Program hari itu berakhir pada jam 6.30 petang dan bertolak balik ke Papar jam 7 malam tiba di rumah jam 11.30 malam.....dan terus tidur
Cadangan : satu trip popping dan casting ke daerah Kudat (bermalam) bagi rakan-rakan yang berminat









Sunday, January 17

Lesen Bengeket!!!!

Ikan : Siakap Merah/Unggah/Bengeket
Gewang : Hinomiya Premium 12cm pink
Joran : Rapala
Kekili : Shimano Alivio 4000fb
Tempat : Teluk Villa
Sejarah 17 januari 2010 bagi bro Rinno apabila berjaya mendapatkan lesen casting Siakap Merah pertamanya di Teluk Villa. Kepuasan dan kegembiraan yang dipamerkan tidak terkata apabila sejurus sahaja Siakap Merah membaham gewang Hinomiyanya dengan rakus beliau dikerumuni oleh orang ramai di sekitar Teluk Villa bagai artis yang sedang beraksi di atas pentas! lihatlah senyuman yang digambarkan hehehehe......Hari yang baik, kaedah terbaik dan kenangan terbaik untuk memulakan tahun baru 2010.
Ucapan pada bro rinno agar terus bersemangat dalam arena casting dan semogat kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan seterusnya.....akhirnya SM menjadi hidangan istimewa dan umpan terbaik si isteri untuk meluluskan permit memancing hahaha!!

Saturday, January 16

KK Land Based Popping

16 Januari 2010. Berikutan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam arena popping, GKPA untuk kesekian kalinya telah berkunjung ke padang popping Sutera Harbour Kota Kinabalu. GKPA(Kapten Keruak, Saya, Wan Gendut n Brother Lampam) telah turun pada lewat petang lebih kurang jam 5 petang. Menarik pada kunjungan pada kali ini ialah satu peristiwa yang tidak kami akan lupakan iaitu apabila popper hinomiya yang saya gunakan telah dihentam ketika menghampiri tanjung berbatu sehingga mempamerkan dengan jelas saiz makhluk tersebut yang kami percaya Giant Trevally aka GT anggaran 5kg ke atas! satu kejadian yang mengejutkan apabila sebelum ini hanya saiz 1kg yang biasa dinaikkan di sini. Sayangnya GT tersebut tidak lekat pada popper yang digunakan. GKPA berjanji akan membuat kunjungan susulan untuk menanti kedatangan monster tersebut....hehehehe pada rakan-rakan blog jangan lupa join GKPA sekali di sana....

Wednesday, January 13

Arena Gewang Buatan Tangan

Mini KOB X-Pop
Popper pertama yang dihasilkan dengan bantuan dan tunjuk ajar Kapten Ombak Biru



Nyapentos Popper Gen-X
Popper kedua yang dihasilkan ekoran daripada kejayaan Popper mini KOB X-Pop
Penghasilan gewang sendiri tercetus di kalangan ahli-ahli GengKeruakPatinAfrika apabila melihat kepada gewang demi gewang yang telah dihasilkan oleh KOB dari Team Ombak Biru dan ekoran daripada kejayaan menewaskan GT melalui teknik Popping...Dengan tunjuk ajar daripada KOB akhirnya terhasil lah beberapa bentuk gewang(popper), dan sekarang ahli geng dalam proses penghasilan gewang pula...nantikan.

Tuesday, December 22

Penghuni Akuatik Teluk Villa

Bro Sahur(Otai KPN) bersama kerapu yang menjadi mangsa amukannya...
siap gigit rod kerana menahan geram..Argghhh!!!


Close up gewang YuZuri yang dibaham oleh sang kerapu
Berita berkenaan kejayaan bro Sahur menaikkan seekor kerapu skala 1.5kg dan satu lagi sambaran telah berjaya melarikan gewang kesayangannya telah diterima lewat petang sekembalinya beliau dari kerja. Gambar terus di hantar sebagai bukti. Kedengaran slogan "Hati Panas!" membuatkan hati aku lagi panas! sebab sebelum ni aku pernah juga mengamuk di Teluk Villa Putatan tiada seekor pun jadi mangsa amukan aku...tetapi apa yang berlaku membuktikan kehebatan penghuni akuatik Teluk Villa...
Apa pun tahniah diucapkan dan terima kasih atas sumbangan bahan untuk tontonan pelawat blog....bagi pelawat nak kan cerita yang sebenar silalah berkunjung ke blog Bro Sahur pula di Sahurangler.blogspot.com




Friday, December 4

Mengilat Jalak

Mawie n Sons

Nyapentos

Boy Azon


My first Catch by casting is snakehead

Aktiviti mengilat jalak ni pula adalah antara aktiviti terawal aku praktikkan dalam mengasah bakat mengilat....hasilnya ikan pertama yg berjaya dicast adalah jalak dgn menggunakan teknik mengilat....yg menariknya aku cast dgn menggunakan popper. CNR merupakan amalan utama..lubuk yg dulunya selalu dikunjungi ini sdh berkurangan jalaknya. mungkin ikut pemerhatian saya ianya disebabkan oleh aktiviti penangkapan yg berterusan dan penggunaan racun ke dalam tali air ini..

Bulan Oh Bulan








Malang nasibku bila senjata untuk casting dibawa tapi peluru(gewang) pula terlupa. terpaksa pinjam peluru kawan. Tq geng gilakail.. (Limtat n Azrie)




Bulan yg dicast menggunakan gewang Rapala x-rap di muara Membakut
(Rod:eupro twincraft Reel:Abu gracia ultracast2000)



Bulan ni telah dicast pada trip aku bersama geng gilakail pada penghujung tahun2009. Plan asal mau menduga kolam di bongawan golf yg dikhabarkan mempunyai siakap mega, tapi rancangan trpaksa di batalkan bila pengawal keselamatan perasan akan kehadiran dan niat kami. Maka dengan itu bertukar kepada plan B casting di muara Membakut pula, dan hasilnya seeokr bulan skala 1 kg.