Tuesday, February 16

Pemancing Baru. Pemancing Lama Bergabung! MELETUP!

Perbincangan ilmiah antara pemancing baru dan lama


Perkhidmatan memancing di tiang jambatan gayang


Gaya seorang pemancing baru....


Jeti tempat memancing bayaran masuk RM3



Bakat yang mula terserlah...
14 feb 2010. Gayang, Tuaran. Saya berkesempatan menyertai adik sepupu sebelah isteri saya yang baru sahaja berkecimpung dalam arena memancing bersama Otai yang juga rakan sekerjanya. Saya yang baru pertama kali memancing di jeti yang disediakan dengan bayaran cuma RM3 tiba lewat sekitar jam 4 petang. Teknik yang saya gunakan adalah casting manakala mereka pula menggunakan teknik dasar. Tiada sebarang hasil dinaikkan cuma seperti yang saya katakan "Pemancing Baru. Pemancing Lama Bergabung! MELETUP!!!!...hehehehe akhirnya semua ikan lari disebabkan letupan yang berlaku.....





Casting di Sungai Kuala

LimTat sibuk menghidupkan enjin



LimTat tekun casting



Baby GT 300g





Apa jenis ikan ni?



12 feb. 2010. Papar. Atas pelawaan LimTat dari geng GilaKail saya berpeluang merasai pengalaman casting di sekitar Muara kampung Kuala papar. Trip mengilat kali pertama ini hanya berlangsung dalam masa beberapa jam sahaja, sekadar meninjau dan melihat potensi mengilat di masa akan datang. Hasilnya seeokor GT dan seekor lagi saya sendiri kurang pasti apa namanya.... Yang pasti trip susulan akan diatur lagi bagi membongkar rahsia yang tersembunyi di lubuk-lubuk sekitar sungai ini.....Terima Kasih LimTat atas pelawaan...


By:NyaPenTos



Rinno dan Ungah Mandahan

Bro Rinno bergaya dengan Ungah yang tewas di tangannya skala 500g
13 feb 2010. Mandahan, Papar.Tahniah! atas Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Bro Rinno dalam arena casting tempatan, apa tidaknya bila sekali lagi beliau berjaya menjinakkan ungah idaman kali ini di sungai Mandahan pula....Segala ilmu yang ada di dada dan kayuhan tangan yang hari demi hari dipertajam serta lenggokkan sang gewang akhirnya menggoda pula sang ungah yang terliur saat menyaksikan tipu daya sang gewang, hahahaha...akhirnya "si sang ngap si sang" nah apa sudah aku cakap ni...gaya sastrawan negara pula....selebihnya "Lu Pikir La Sendiri"....

Thursday, January 21

Pencarian Padang Popping Terunggul


Aku dan protege aku di Kudat aka guide (Manja)



Salah satu padang popping dan casting berpotensi



Antara aksi yang sempat dirakamkan




21 januari 2010, aku berpeluang berkunjung ke daerah Kudat atas urusan keluarga. Dalam kesempatan ini aku berpeluang untuk meninjau lubuk-lubuk yang berpotensi dijadikan lapangan popping dan casting, perjalanan pada hari tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan tiba di Kudat kira-kira jam5.30 petang, setelah urusan keluarga selesai, aku dan protege merangkap guide dengan sedikit masa yang ada terus ke lubuk yang telah dikenalpasti.
Tiada sebarang hasil diperolehi tetapi aku berpuas hati dengan potensi lubuk yang kami tinjau kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi, protege aku biasa menaikkan GT bersaiz 1.5 ke atas dgn spesimen terbesar 10kg! dengan hanya menggunakan teknik bottom. Program hari itu berakhir pada jam 6.30 petang dan bertolak balik ke Papar jam 7 malam tiba di rumah jam 11.30 malam.....dan terus tidur
Cadangan : satu trip popping dan casting ke daerah Kudat (bermalam) bagi rakan-rakan yang berminat









Sunday, January 17

Lesen Bengeket!!!!

Ikan : Siakap Merah/Unggah/Bengeket
Gewang : Hinomiya Premium 12cm pink
Joran : Rapala
Kekili : Shimano Alivio 4000fb
Tempat : Teluk Villa
Sejarah 17 januari 2010 bagi bro Rinno apabila berjaya mendapatkan lesen casting Siakap Merah pertamanya di Teluk Villa. Kepuasan dan kegembiraan yang dipamerkan tidak terkata apabila sejurus sahaja Siakap Merah membaham gewang Hinomiyanya dengan rakus beliau dikerumuni oleh orang ramai di sekitar Teluk Villa bagai artis yang sedang beraksi di atas pentas! lihatlah senyuman yang digambarkan hehehehe......Hari yang baik, kaedah terbaik dan kenangan terbaik untuk memulakan tahun baru 2010.
Ucapan pada bro rinno agar terus bersemangat dalam arena casting dan semogat kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan seterusnya.....akhirnya SM menjadi hidangan istimewa dan umpan terbaik si isteri untuk meluluskan permit memancing hahaha!!

Saturday, January 16

KK Land Based Popping

16 Januari 2010. Berikutan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam arena popping, GKPA untuk kesekian kalinya telah berkunjung ke padang popping Sutera Harbour Kota Kinabalu. GKPA(Kapten Keruak, Saya, Wan Gendut n Brother Lampam) telah turun pada lewat petang lebih kurang jam 5 petang. Menarik pada kunjungan pada kali ini ialah satu peristiwa yang tidak kami akan lupakan iaitu apabila popper hinomiya yang saya gunakan telah dihentam ketika menghampiri tanjung berbatu sehingga mempamerkan dengan jelas saiz makhluk tersebut yang kami percaya Giant Trevally aka GT anggaran 5kg ke atas! satu kejadian yang mengejutkan apabila sebelum ini hanya saiz 1kg yang biasa dinaikkan di sini. Sayangnya GT tersebut tidak lekat pada popper yang digunakan. GKPA berjanji akan membuat kunjungan susulan untuk menanti kedatangan monster tersebut....hehehehe pada rakan-rakan blog jangan lupa join GKPA sekali di sana....

Wednesday, January 13

Arena Gewang Buatan Tangan

Mini KOB X-Pop
Popper pertama yang dihasilkan dengan bantuan dan tunjuk ajar Kapten Ombak Biru



Nyapentos Popper Gen-X
Popper kedua yang dihasilkan ekoran daripada kejayaan Popper mini KOB X-Pop
Penghasilan gewang sendiri tercetus di kalangan ahli-ahli GengKeruakPatinAfrika apabila melihat kepada gewang demi gewang yang telah dihasilkan oleh KOB dari Team Ombak Biru dan ekoran daripada kejayaan menewaskan GT melalui teknik Popping...Dengan tunjuk ajar daripada KOB akhirnya terhasil lah beberapa bentuk gewang(popper), dan sekarang ahli geng dalam proses penghasilan gewang pula...nantikan.