Trip kali ini telah disusun bagi menggantikan trip menggempur sungai Bongawan yang telah diatur terlebih dahulu akibat daripada keadaan sungai Bongawan yang agak keruh kerana hujan beberapa hari. Trip asal mengandingkan aku bersama dengan Kapten Keruak aka Tamparan aka lagi Dali dan Badul akhirnya ditunda, dengan Kapten mengatur strategi baru menggempur Mantabawan bersama Pendita Dewangga dan aku ditugaskan bersama Sahur aka Amli menggempur sungai Pengalat Besar.
"Ku sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari" apalah nasib kurang sejam kami menjalankan aktiviti casting tanpa sebarang karan akhirnya enjin bot pula buat masalah..tengah-tengah buat persiapan trolling ke muara pula tu..memang betul-betul howliow Oooo hohohoho....
Sahur berbekalkan pengalaman bertahun-tahun membaiki enjin bot pun terus cuba membaiki enjin tersebut namun angkat tangan..tiba pula giliran aku yang punya pengalaman tak sampai lima minit..ketuk sini, ketuk sana, ditambah pula dengan tarikan bertubi-tubi...akhirnya dengan aku-aku sekali fail....apalah nasib. Kami sebulat suara menamatkan trip yang penuh dengan konterversi ini....untuk diulangi pada masa yang akan datang...nak dijadikan cerita. Pendita telah diarahkan oleh kapten untuk mendapatkan laporan trip kami..jadi oleh kerana hari tersebut pun masih lagi April Fool Sahur pun apa lagi terus lapor..Tuan! kami telah berjaya menewaskan 3 ekor MJ dan 9 ekor kerapu! Tuan! Sudin berjaya menewaskan ikan terbesar iaitu kerapu seberat 2.2Kg! Tuan! Kami pun terus gelak, ala2 lanun yang ganasss!!! hehehehe.. Tanpa memikirkan hukuman yang bakal kami terima dari Kapten Keruak...
Jangan marah aaaa!!!!!
Abang Manan yang risau dengan keadaan kami tapi tetap kool...
berhempas-pulas Bro Sahur membaiki enjin Suzuki ni....
Bergambar sebelum acara bermula..relek-relek lagi ni..
Tekong Berpengalaman...
Isi minyak la pula....
Bro Sahur tukang angkat barang dengan tekong sekali
aku pula jadi jurugambar saja..hehehehe
Tengok! siap turunkan bot....sorang2 hehehee