Monday, August 16

Makhluk Misteri Muara Benoni

Buat kali ketiga saya bertandang ke muara Benoni untuk bersua muka dengan penghuni misteri yang telah mendera kami semua hingga mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun nda ada rasa sudah. Kali ini aku kembali dengan mengatur strategi baru yang agak drastik iaitu menggunakan perambut berkekuatan 80lb..nah apa kau mau lagi, ini kali gila, gilalah...apa aku kisah.
Acara pemburuan bermula seawal 5.50am kami sudah terpacak di sana. Keadaan air agak deras beransur surut, malangnya akibat daripada hujan semalam air kehitam-hitaman dan berpasir, apakan daya sudah ada di sana casting saja la! gewang bertukar gewang namun tiada yang sudi manakala masa semakin suntuk, mungkin akibat perambut yang agak besar ikan culas untuk menyambar, akhirnya saya bertukar kepada gewang surecatch 13cm yang lama sudah tidak digunakan, lontaran demi lontaran ke lokasi sasaran dan pada lontaran ketiga tepat pada hot spot terasa gewang seakan-akan tersangkut, saya cuba menghentikan karauan dan terasa seperti gewang dilarikan, sedar keadaan tersebut saya pun cuba membuat sentapan, namun belum sempat sentapan dilakukan joran AbuGarcia ultracastOz 10-25lb ditekan ke bawah dan dalam beberapa saat mangsa berjaya memotong perambut 80lb saya seperti terkena pisau.
Akhir kalam kami pulang dengan Awie berjaya mendapatkan lesen kerapunya yang akhirnya dilepaskan CNR dan pada anda semua kaki-kaki Casting di luar sana "Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Missstrriiiii!!!!" jangan ada yang coba-coba dengan 100lb pula
Perambut 80lb yang licin

Lesan casting Kerapu setelah sedar dari Koma akibat dihentam ikan misteri

Ku rasa beliau ini saja yang tahu jawapannya

2 comments:

  1. Salam bro..wah ini mcm sudah seperti main di tgh lautan..sampai 80lb malah ke 100lb...bro cuba wirecoated steel atau braided lebih 50lg bro..rasanya putus jua ka?haha...

    ReplyDelete
  2. salam bro..rasanya makhluk tu ialah aluan aka titir bagak yang masuk melalui muara ni..sebab saya pernah ternampak bila ianya melompat betul2 hampir dengan tempat saya berdiri ketika sedang cast, saya anggar mungkin melebihi 10kg....

    ReplyDelete